1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
Perbandingan / Comparison
Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat:-
Kijang Emas• Kijang Emas Maybank
• Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
• Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
• Tidak boleh lock harga.
• Tidak boleh booking.
• Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
• Stok sering habis.
UOB Bank atau United Overseas Bank
• Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.
• Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
• Perlu dapatkan sendiri di Bank OUB, 9:00 pagi hingga 4.30 petang (iaitu waktu pejabat sahaja, kalau cuti atau sabtu, ahad memang tidak buka).
• Stok sering/selalu habis
• Mesti bawa resit asal masa jual balik
• Tidak boleh buka sarung
• Tidak beli semula jika tercalar/bengkok atau patah!!
PAMP SuissePAMP bererti "Produits Artistiques Métaux Précieux" iaitu dalam bahasa Perancis, yang memberi maksud dalam bahasa inggeris iaitu artistic, precious metals products.
• Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring. Di Sabah: (1)Habib Jewels - Suria Sabah Shopping Mall, (2) Habib Jewels - 1 Borneo Hypermall
• Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
• Kalau buka sarung akan tolak harga.
• Kalau emas minting ada upah atau 'workmanship cost' & kalau emas casting tidak ada 'workmanship cost'
Kuwait Finance House (Gold Account)
Kelebihan KFH Gold Account-i
• Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 950)
• Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
• Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
• Kualiti emas 950 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.
• Spread RM6 segram (sederhana tinggi)
• Cawangan yang amat TERHAD
• Emas boleh dibeli dan dijual ketika waktu pejabat KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
• Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
• Tak boleh digadaikan kerana jongkong emas di 'laminate', jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
• Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan kadar atau 'rate' emas 950 sahaja
Bunga Raya
• Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
• Spread 15%-25%.
• Buka sarung tolak harga.
Public Gold, Public Dinar, Public Silver & Public Jewellery.
• Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.• Spread 5%-6% sahaja
• Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
• Boleh booking dan lock harga 24 jam.
• “Independent Assayer” yang SAH di Malaysia
• Emas 999.9 – 20g, 50g, 100g & 250gram
• Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
• Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram




No comments:
Post a Comment