Gold Price in Malaysian Ringgits

Wednesday, June 20, 2012

TIPS MUDAH : EMAS TULEN ATAU PALSU...

Beberapa tips kepada anda berkenaan bagaimana untuk mengesan emas palsu atau tidak, caranya sangat simple dan anda boleh lakukan sendiri dirumah.
Kenapa anda perlu tahu?
1. Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan, dan anda boleh didakwa.
2. Menipu pembeli adalah berdosa.
Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

 8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.
 9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen.

Awas!!! Sendikit loket emas palsu

Sendikit loket emas palsu


loket-emas-palsu
Oleh kerana ingin mendapat upah sebanyak RM150 untuk setiap surat, Khairul fahmi sanggup membiarkan satu syarikat ‘emas’ menggunakan namanya untuk memajak ‘emas’ didalam ar-rahnu. Kononnya sekadar untuk pajak sahaja dan syarikat akan tebus balik, dia tidak sedar bahawa namanya dipergunakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab itu untuk mengaut keuntungan lumayan. Akhirnya, fahmi sendiri terjerat dan terpaksa membayar balik hutang bernilai ratusan ribu ringgit di bank dan berkemungkinan diblacklist dari financial institution.

Bagaimana syarikat ‘emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu, ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan. Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di density meter.

Modus operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta, bukan sedikit.

Mereka yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin paling besar berbanding syarikat yang lain.

Kami selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun selalu tertipu dengan emas2 palsu ini. Wallahualam….

sumber : http://www.hargaemas.com.my/terkini/kerugian-loket-emas-palsu-mencapai-80-juta/


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari MusnadImam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)