Gold Price in Malaysian Ringgits

Tuesday, October 25, 2011

APA ITU 'SPREAD' EMAS? MANA YANG TERBAIK?

Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita. So kalau anda nak beli emas, institusi yang menjual emas dengan spread harga terendah adalah yang terbaik untuk anda.

Walau bagaimanapun ada faktor lain yang mungkin juga mempengaruhi anda untuk memilih institusi yang mana. Antaranya masalah stok emas institusi tersebut, syarat-syarat seperti emas tidak boleh kemek, calar atau bengkok ataupun kemudahan untuk membeli, menambah dan menjual balik emas anda dan faktor-faktor lain lagi.



Jadi berbalik kepada macam mana nak mengira spread harga emas. Kita akan gunakan harga emas yang terdapat di dalam laman web Public Dinar (PD) sebagai sumber untuk menunjukkan cara pengiraan spread.



Spread Harga 1 Dinar
We Sell = RM 529.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 497.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 529.00 - RM 497.00 = RM 32

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 32 / RM 497) x 100 = 6.43%

Spread Harga 5 Dinar
We Sell = RM 2632.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 2487.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 2632.00 - RM 2487.00 = RM 145

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 145 / RM 2487) x 100 = 5.83%

Spread Harga 10 Dinar
We Sell = RM 5240.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 4978.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 5240.00 - RM 4978.00 = RM 262

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 262 / RM 4978) x 100 = 5.26%

Jadi kalau nak beli dinar, semakin besar dinar tersebut semakin kecil spreadnya. Maka semakin kecil spread harga semakin tinggi keuntungan anda. Sama juga dengan jongkong emas Public Gold (PG). Semakin berat emas, semakin kecil spread harga. Saya harap catatan ini telah membantu anda bagaimana untuk mengira spread harga emas. PG dan PD adalah antara institusi yang menjual emas dengan spread yang terendah. Jika anda beli barang kemas atau jongkong emas daripada kedai emas biasa spread harga boleh menjangkau antara 15% sehingga 25%. Jadi mana lebih baik.... Anda tentukan.

No comments:

Post a Comment



Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari MusnadImam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)