Gold Price in Malaysian Ringgits

Tuesday, October 18, 2011

EMAS & PERAK MENURUT ISLAM

Tahukan anda sistem kewangan perbankan kebanyakan kita lakukan selami ini adalah secara konvensional bermaksud tiada sistem kewangan islam. Saya bukannya arif tentang ilmu agama ini, tetapi dari apa yang ketahui, sistem yang selama ini dilakukan kebanyakannya mengandungi unsur-unsur riba dan keraguan.

Apakah penyelesaian dalam menghadapi masalah ini? Penyelesaian yang boleh kita lakukan dengan membeli emas dan perak (dinar dan dirham). Di bawah ini merupakan potongan ayat Al Quran & hadis yang memberitahu tentang emas dan perak.

Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. (Surah AL-KAHFI. Ayat 31)

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)

"Allah jadikan dua logam yang bernilai (emas dan perak) sebagai pengukur kepada barangan dagangan. Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan emas dan perak. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan emas dan perak tidak" - Ibnu Khaldun.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

No comments:

Post a Comment



Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari MusnadImam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)