Gold Price in Malaysian Ringgits

Friday, October 28, 2011

TEKNIK AR-RAHNU YANG MENGUNTUNGKAN

Teknik pajakan emas secara Islam (Ar Rahnu) untuk menggandakan untung heboh diperkatakan.. memang untung jika anda pandai memanipulasi di al-Rahnu.. tetapi ingat jika silap langkah.. untung hanya akan masuk ke syarikat pajakan sahaja.. atau anda akan membayar upah simpan secara berterusan.....

Sila lihat contoh pengiraan pusingan modal ar Rahnu di bawah :-
(klik pada image untuk paparan yang lebih jelas)

Ingatan : SEBERAPA BANYAK PUN ANDA BUAT PUSINGAN DI AR-RAHNU... PASTIKAN YANG TERAKHIR ADALAH EMAS BUKAN DUIT RM....

Thursday, October 27, 2011

5 KEUNTUNGAN AGEN PG

Anda akan dapat komisyen jualan 1- 2%Contoh – Anda beli 1 ketul jongkong 20Gram,Harga Semasa RM3037.Komisyen anda (priority dealer) ialah RM3037 X 1.5% = RM45

2.Anda juga akan dapat keuntungan belian balik 5-6%
Contoh - Harga belian balik ialah jika rakan anda ingin jual balik emas kepada anda.Anda beli emas rakan anda dengan harga We Buy mengikut harga semasa di atas.Kemudian anda jual semula kepada rakan lain dengan harga We Sell.Inilah yang dinamakan untung belian balik 5-6%.

Tuesday, October 25, 2011

INFO PELABURAN EMAS TERKINI DI MALAYSIA

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1.    Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2.    Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
3.    Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
4.    Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5.    Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6.    Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

APA ITU 'SPREAD' EMAS? MANA YANG TERBAIK?

Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita. So kalau anda nak beli emas, institusi yang menjual emas dengan spread harga terendah adalah yang terbaik untuk anda.

Walau bagaimanapun ada faktor lain yang mungkin juga mempengaruhi anda untuk memilih institusi yang mana. Antaranya masalah stok emas institusi tersebut, syarat-syarat seperti emas tidak boleh kemek, calar atau bengkok ataupun kemudahan untuk membeli, menambah dan menjual balik emas anda dan faktor-faktor lain lagi.

I-SERIAS PELABURAN TERBAIK MASA KINI

Pelaburan EMAS terkini keluaran Public Gold dikenali sebagai Koleksi Rantai i-series.

Ianya merupakan Rantai yang didatangkan dengan berat yang berbeza 20g, 50g dan 100g serta bakal menyusul adalah 5g dan 10g. Ianya dikeluarkan sepertimana PUBLIC GOLD BAR cuma dalam bentuk rantai dan diperbuat dari EMAS 916. Koleksi Rantai i-series boleh dijadikan sebagai aset pelaburan alternatif kepada Public Gold BAR dan Public Dinar yang rancak diniagakan sebelum ini. Ianya turut diniagakan seperti BAR dan DINAR di mana harganya mengikut pasaran semasa yang berubah setiap 20 minit.

Tuesday, October 18, 2011

BANGGA JADI PEMILIK GOLD PG

Alhamdulillah, semakin ramai yang celik tentang emas, tetapi masih ada lagi yang tidak tahu dan tidak mahu mendengar kebaikan dalam menyimpan emas terutama emas fizikal publicgold.

Bagi yang telah memiliki emas publicgold saya ucapkan tahniah anda sedang menuju puncak kejayaan dan kesenangan. Simpanan emas telah diketahui dari dahulu mempunyai nilai yang tinggi dan terus tinggi pada masa akan datang. Jika dibanding dengan simpanan wang fiat(kertas), wang anda akan mengurang harga dari tahun ke tahun. Sebagai contoh dengan wang bernilai RM50 dari tahun ke tahun apakah jenis barang yang dapat anda beli, adakah bilangan (kuantiti) barang yang sama dapat anda beli. Tidak sama bukan, barang yang anda beli akan berkurangan dari tahun ke tahun kerana nilai barang yang anda beli itu telah naik harga.

Tetapi dengan simpanan emas, anda dapat menyeimbangkan harga barang itu. Ia bermaksud emas yang anda simpan itu dapat menambahkan wang anda apabila anda menjual emas tersebut dan anda tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan wang untuk membeli barang keperluan lagi kerana tidak cukup wang.

Rebut sekarang harga emas telah turun semula sebelum ia naik dan terus naik. Ada wang terus beli yer.....

EMAS & PERAK MENURUT ISLAM

Tahukan anda sistem kewangan perbankan kebanyakan kita lakukan selami ini adalah secara konvensional bermaksud tiada sistem kewangan islam. Saya bukannya arif tentang ilmu agama ini, tetapi dari apa yang ketahui, sistem yang selama ini dilakukan kebanyakannya mengandungi unsur-unsur riba dan keraguan.

Apakah penyelesaian dalam menghadapi masalah ini? Penyelesaian yang boleh kita lakukan dengan membeli emas dan perak (dinar dan dirham). Di bawah ini merupakan potongan ayat Al Quran & hadis yang memberitahu tentang emas dan perak.

Monday, October 17, 2011

ZAKAT EMAS YANG PERLU KITA TAHU

Emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

Wednesday, October 12, 2011

PUBLIC GOLD DISERBU BNM?

Dah dekat seminggu laman web PG tak boleh bukak.....agak2 kalau web site tu down adakah ini skim cepat kaya sbb kena serbu dengan bank negara dan tutup syarikat....hehehehe.....

Public Gold ni bukan "deposit taker" yang ambik duit pelabur dan bagi pulangan bulan2......Public GOLD jual/beli beli emas.....trading jual beli yang telus....tidak menjanjikan pulangan ..beli emas...simpan......harga naik jual dulu.....


untuk pengetahuan pada yang risau telah beli emas Public GOLD beribu2 Ringgit....emas di tangan anda.....anda beli emas anda dapat.....kalau anda beli emas...syarikat yang pegang memang risau...hehehehe

Itu adalah khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pesaing-pesaing Public Gold melalui pelbagai medium termasuk Facebook, hakikatnya, Public Gold kini sedang menaiktaraf Server bagi menampung pertambahan order dari Dealer2 yang semakin ramai di seluruh Malaysia.


Sehingga kini, dealer-dealer berdaftar Public Gold telah pun mencecah sehingga 15,000 orang dan jualan terkumpul pada bulan lalu (September) 2011 sahaja telah mencecah hampir RM 100 Juta!!

Tahniah pada pengedar2 Public GOLD yang gigih berkongsi ILMU


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari MusnadImam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)