EMAS.... logam bernilai. Bila masanya kita boleh katakan EMAS akan Murah?
Mungkin ramai yang mengeluh "EMAS Mahal lah, tak mampu nak beli". Anda katakan begitu pada saya hari ini pada masa nilai 1Dinar RM804. Anda pernah nyatakan perkara yang sama juga bila saya mula-mula perkenalkan pelaburan EMAS setahun yang lalu. Pada masa tu 1 Dinar hanya RM615.
Jadi, perlukah anda membuat perkiraan untuk menunggu kejatuhan harga EMAS baru nak membeli?
SUDAH SEMESTINYA TIDAK!
Sebaliknya ANDA perlu bertindak sekarang. 2 Sebab kenapa anda perlu beli EMAS, 2 sebab kenapa anda perlu tukarkan TUNAI anda kepada PELABURAN EMAS.
PERTAMA: 1 Kemerosotan Ekonomi Global bakal menyebabkan peningkatan kadar inflasi. Dengan kata mudah BARANG AKAN NAIK HARGA dan DUIT TUNAI anda di BANK semakin menyusut nilaiannya. Walaupun RM10,000 yang anda simpan masih kekal pada nilai yang sama namun barangan yang anda boleh beli dengan RM10,000 semakin berkurangan.
Ilmu pengetahuan penting, selidik kebenarannya sendiri. Negara-negara berpengaruh dalam ekonomi global seperti Amerika, Eropah sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk. Dollar US semakin mengecil berbanding RM.
Pengakhirannya, kalau anda tidak BELI EMAS anda akan penat bekerja untuk membayar orang lain. Bayar sewa rumah, bayar bil2 yg turut meningkat, beli barang yang telah naik harga. Akan jadi fenomena, duit dapat tapi tak cukup-cukup. Tapi kalau anda ada RM804, beli 1DINAR hari ini, 2-3 bulan 1 Dinar menjadi RM900 mengikut peredaran masa dan perubahan ekonomi.KEDUA : 2 HARGA EMAS MAKIN TINGGI, TENTU ANDA SEMAKIN UNTUNG
Harga EMAS dijangka akan melonjak dengan lebih tinggi kerana hilang kepercayaan pelabur kepada MATA WANG DOLLAR menyebabkan mereka keluarkan duit pelaburan mereka dan beli EMAS banyak. Kalau anda tak ada simpanan/atau pelaburan EMAS anda akan pasti rugi kerana tidak dapat meraih keuntungan. EMAS merupakan pelaburan senyap yang lumayan. Kalau anda bisnes EMAS, tak perlu jual, simpan aje stok pun tak rugi. Sebab bila-bila masa nak jual EMAS tiada yang menolak untuk membelinya.

No comments:
Post a Comment